Kamis, 16 Mei 2013

Keutamaan penghafal Quran

Allah telah menjanjikan kelebihan
kepada mereka yang menghafal al
Quran seperti yang digambarkan di
bawah.
1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH
SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya Allah itu mempunyai
keluarga yang terdiri daripada
manusia." Kemudian Anas berkata lagi,
lalu Rasulullah s.a.w bertanya:
"Siapakah mereka itu wahai
Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu
ahli Quran (orang yang membaca atau
menghafal Al- Quran dan mengamalkan
isinya).Mereka adalah keluarga Allah
dan orang-orang yang istimewa bagi
Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING
TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
"Daripada Abdullah Bin Amr Bin Al Ash
ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda;
Diakhirat nanti para ahli Al Quran di
perintahkan, "Bacalah dan naiklah
kesyurga. Dan bacalah Al Quran
dengan tartil seperti engkau
membacanya dengan tartil pada waktu
di dunia. Tempat tinggal mu di syurga
berdasarkan ayat paling akhir yang
engkau baca."
3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG
ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w "Daripada Anas
ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda; "Para pembaca Al Quran itu
adalah orang-orang yang arif di
antara penghuni syurga,"
4.MENGHORMATI ORANG YANG
MENGHAFAL AL QURAN BERERTI
MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w "Daripada Abu
Musa Al Asya'ari ra.ia berkata
bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Diantara perbuatan
mengagungkan Allah adalah
menghormati Orang Islam yang sudah
tua, menghormati orang yang
menghafal Al-Quran yang tidak
berlebih-lebihan dalam mengamalkan
isinya dan tidak membiarkan Al-Quran
tidak di amalkan, serta menghormati
kepada penguasa yang adil."
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI
SEKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
" DaripadaAbdullah Bin Mas'ud ra.
Daripada nabi s.a.w. baginda
bersabda: " bacalah Al Quran kerana
Allah tidak akan menyeksa hati orang
yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah
hidangan Allah, siapa yang
memasukkunya ia akan aman. Dan
barangsiapa yang mencintai Al Quran
maka hendaklah ia bergembira."
6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI
IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
"DaripadaIbnu Mas'ud ra. Dari
Rasulullah s.a.w. beliau bersabda;
"yang menjadi imam dalam solat suatu
kaum hendaknya yang paling pandai
membaca Al Quran."
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Jabir Bin Abdullah ra.
Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua
orang daripada orang-orang yang
gugur dalam perang uhud dalam satu
liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, "dari
mereka berdua siapakah paling banyak
hafal Al Quran?" apabila ada orang
yang dapat menunjukkan kepada salah
satunya, maka nabi s.a.w
memasukkan mayat itu terlebih dahulu
ke liang lahad."
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA
KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Ali Bin Abi Thalib
Karramallahu Wajhah ia berkata,
"Barangsiapamembaca Al Quran dan
menghafalnya, maka Allah akan
memasukkannya kedalam syurga dan
memberikannya hak syafaat untuk
sepuluh anggota keluarganya di mana
mereka semuanya telah di tetapkan
untuk masuk neraka."
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI
MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Abu Hurairah ra.daripada
nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang
yang hafal Al Quran nanti pada hari
kiamatnanti akan datang dan Al Quran
akan berkata; "Wahai
Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian
yang baik lagi baru." Maka orang
tersebut di berikan mahkota
kehormatan. Al Quran berkata lagi:
"Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya."
Maka orang itu di beri pakaian
kehormatannya. Al Quran lalu berkata
lagi, "Wahai Tuhan, redailah dia."
Maka kepadanya di katakan; "Bacalah
dan naiklah." Dan untuk setiap ayat,
ia di beri tambahan satu kebajikan."
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN
BEKALAN PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada jabir bin nufair, katanya
rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya kamu tidak akan
kembali menghadap Allah dengan
membawa sesuatu yang paling baik
daripada sesuatu yang berasal
daripada-Nya iaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA
KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL
QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Buraidah Al Aslami ra, ia
berkata bahawasanya ia mendengar
Rasulullah s..a.w bersabda: "Pada
hari kiamat nanti, Al Quran akan
menemui penghafalnya ketika
penghafal itu keluar dari kuburnya. Al
Quran akan berwujud seseorang dan ia
bertanya kepada penghafalnya:
"Apakah anda mengenalku?".
Penghafal tadi menjawab; "saya tidak
mengenal kamu." Al Quran berkata;
"saya adalah kawanmu, Al Quran yang
membuatmu kehausan di tengah hari
yang panas dan membuatmu tidak tidur
pada malam hari. Sesungguhnya setiap
pedagang akan mendapat keuntungan
di belakang dagangannya dan kamu
pada hari ini di belakang semua
dagangan. Maka penghafal Al Quran
tadi di beri kekuasaan di tangan
kanannya dan diberi kekekalan
ditangan kirinya, serta di atas
kepalanya dipasang mahkota perkasa.
Sedang kedua orang tuanya diberi dua
pakaian baru lagi bagus yang harganya
tidak dapat di bayar oleh penghuni
dunia keseluruhannya. Kedua orang
tua itu lalu bertanya: "kenapa kami di
beri dengan pakaian begini?".
Kemudian di jawab, "kerana anakmu
hafal Al Quran."
Kemudian kepada penghafal Al Quran
tadi di perintahkan, "bacalah dan
naiklah ketingkat-tingkat syurga dan
kamar-kamarnya." Maka ia pun terus
naik selagi ia tetap membaca, baik
bacaan itu cepat atau perlahan
(tartil)
12.AKAN MENEPATI KELAS TERTINGGI
DI DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Sisyah ra ia berkata,
bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan
syurga sama dengan jumlah ayat-ayat
Al Quran. Maka tingkatan syurga yang
di masuki oleh penghafal Al Quran
adalah tingkatan yang paling atas,
dimana tidak ada tingkatan lagi
sesudah itu.

Sabtu, 11 Mei 2013

Kulwit #WisudaAnnaba

  • 1.Program #WisudaAnnaba adalah program resmi dari @RumahQuran_BU sistem one day one ayat : sadinten saayat menghafal Qurano
  • 2. Setelah sempurna surat yg ditentukan mis surat annaba,maka akan dilaksanakan #WisudaAnnaba dakhirnya

Popular Posts